Saturday, 30 May 2015

KEGIATAN KEROHANIAN DAN KEAGAMAAN


KEGIATAN KEROHANIAN DAN KEAGAMAAN.

AKTIVITI  KEAGAMAAN ANJURAN SURAU MAHMOODIAH.

Sebagai usaha mengembangkan lagi syiar Islam dikalangan penduduk kampung dan taman maka pelbagai usaha telah digembelingkan oleh JKKK dan  AJK Surau Mahmoodiah Kg Tanjung Temiang.
Surau Mahmoodiah yang dibina pada 20  Julai 1990 bukan sahaja dijadikan pusat Ibadah namun telah dijadikan pusat penggajian agama dan kebajikan masyarakat.Aktiviti bercorak keagamaan dan kerohanian misalnya sambutan Maulidur Rasul SAWdan Majlis Marhaban antara kediaman ,sambutan Isra'dan Mikraj ,sembahyang sunat gerhana bulan dan Tahlil Kelompok pada bulan Rejab dan Syaaban.

Ceramah agama mingguan dibawah bimbingan penceramah agama bertauliah dibawah selian Pejabat Agama Daerah Muar telah diadakan setiap minggu.Begitu juga bacaan Tahlil & Yassin pada malam Jumaat telah diadakan.

Berikut adala Takwim Aktiviti Surau Mahmoodiah  Kg Tanjung Temiang.

1. Bacaan Yassin dan Tahlil pada setiap malam Jumaat.
2. Kelas Penggajian Tajwid pada setiap malam Sabtu minggu pertama dan ketiga.
3.Kelas Penggajian Fardhu Ain setiap malam Sabtu minggu kedua dan Keempat.
4.Kelas AlQuran selepas fardu subuh.



MAJLIS MARHABAN AIDILFITRI




MAJLIS TAHLIL DAN DOA SELAMAT


AKTIVITI KEROHANIAH DAN KEMASYARAKATAN ANJURAN JKKK KG TANJUNG TEMIANG DAN BADAN KEBAJIKAN TAMAN DESA TEMIANG.

1. Gotong royong antara penduduk bersama MPM, Perbadanan Sisa Pepejal.

2. Majlis Maulidur Rasul Penduduk Taman Desa Temiang anjuran BKTDS dan Wanita  Taman.
3. Taklimat GST anjuran Jabatan Kastam.
4. Taklimat Kesihatan dan Saringan kesihatan percuma anjuran JKKK dan Pejabat Kesihatan.
5.  Majlis CSR - LHDN kepada penduduk miskin.
6.Taklimat Keselamatan antara Komuniti Penduduk dengan Polis, Rela dan JPAM.



MAJLIS PEMBACAAN AL-QURAN


SAMBUTAN MAULIDURASUL


MAJLIS KHATAM AL-QURAN 


PASUKAN KOMPANG TEMIANG


PENGERUSI SURAU TN. HAJI ABDUL AZIZ BIN GHANI



No comments:

Post a Comment