KAWASAN PERUMAHAN TAMAN
Saturday, 30 May 2015
KEMUDAHAN AWAM
PADANG BOLA TAMAN SEKOLAH AGAMA TEMIANG
PONDOK KAWALAN SRS
DEWAN SERBAGUNA TANAH PERKUBURAN ISLAM
KLINIK PERBIDANAN DESA
SEKOLAH KEBANGSAAN TEMIANG SJK (C) AIK MING
BALAI RAYA
PADANG PERMAINAN KANAK-KANAK SURAU MAHMOODIAH TANJUNG TEMIANG
KEGIATAN KEROHANIAN DAN KEAGAMAAN
KEGIATAN KEROHANIAN DAN KEAGAMAAN.
AKTIVITI KEAGAMAAN ANJURAN SURAU MAHMOODIAH.
Sebagai usaha mengembangkan lagi syiar Islam dikalangan penduduk kampung dan taman maka pelbagai usaha telah digembelingkan oleh JKKK dan AJK Surau Mahmoodiah Kg Tanjung Temiang.
Surau Mahmoodiah yang dibina pada 20 Julai 1990 bukan sahaja dijadikan pusat Ibadah namun telah dijadikan pusat penggajian agama dan kebajikan masyarakat.Aktiviti bercorak keagamaan dan kerohanian misalnya sambutan Maulidur Rasul SAWdan Majlis Marhaban antara kediaman ,sambutan Isra'dan Mikraj ,sembahyang sunat gerhana bulan dan Tahlil Kelompok pada bulan Rejab dan Syaaban.
Ceramah agama mingguan dibawah bimbingan penceramah agama bertauliah dibawah selian Pejabat Agama Daerah Muar telah diadakan setiap minggu.Begitu juga bacaan Tahlil & Yassin pada malam Jumaat telah diadakan.
Berikut adala Takwim Aktiviti Surau Mahmoodiah Kg Tanjung Temiang.
1. Bacaan Yassin dan Tahlil pada setiap malam Jumaat.
2. Kelas Penggajian Tajwid pada setiap malam Sabtu minggu pertama dan ketiga.
3.Kelas Penggajian Fardhu Ain setiap malam Sabtu minggu kedua dan Keempat.
4.Kelas AlQuran selepas fardu subuh.
MAJLIS MARHABAN AIDILFITRI
MAJLIS TAHLIL DAN DOA SELAMAT
AKTIVITI KEROHANIAH DAN KEMASYARAKATAN ANJURAN JKKK KG TANJUNG TEMIANG DAN BADAN KEBAJIKAN TAMAN DESA TEMIANG.
1. Gotong royong antara penduduk bersama MPM, Perbadanan Sisa Pepejal.
2. Majlis Maulidur Rasul Penduduk Taman Desa Temiang anjuran BKTDS dan Wanita Taman.
3. Taklimat GST anjuran Jabatan Kastam.
4. Taklimat Kesihatan dan Saringan kesihatan percuma anjuran JKKK dan Pejabat Kesihatan.
5. Majlis CSR - LHDN kepada penduduk miskin.
6.Taklimat Keselamatan antara Komuniti Penduduk dengan Polis, Rela dan JPAM.
MAJLIS PEMBACAAN AL-QURAN
SAMBUTAN MAULIDURASUL
MAJLIS KHATAM AL-QURAN
PASUKAN KOMPANG TEMIANG
PENGERUSI SURAU TN. HAJI ABDUL AZIZ BIN GHANI
KEGIATAN EKONOMI.
Keluasan kawasan kampung dan taman adalah 270 hektar meliputi 20 hektar kawasan pertanian,50 hektar kawasan perumahan,5 hektar kawasan untuk kemudahan awam dan 10 hektar tanah milik kerajaan. Luas kawasan pertanian/penternakan/ perikanan meliputi 155 hektar.
- Pertanian.
KEBUN PISANG
KEBUN KELAPA SAWIT
KEBUN GETAH
2. Penternakan
PENTERNAKAN AYAM
PENTERNAKAN LEMBU
3. Lain-lain [ Industri Kecil / Perkhidmatan / Pembuatan/ Kimpalan dan Peruncitan
PERUSAHAAN DOBI BUMIPUTERA
PERUSAHAAN PERABOT JATI BINTANG SELATAN
KEDAI GUNTING RAMBUT EN. MIE
KEDAI RUNCIT
PERUSAHAAN LORI HAJI HARIS
BENGKEL KIMPALAN ISMAIL MAZLAN
KEDAI RUNCIT MARIAM
Friday, 29 May 2015
KG.TANJUNG TEMIANG & TMN DESA TEMIANG.
A.SEJARAH PENUBUHAN KAMPUNG TANJUNG TEMIANG
Pada tahun 1814, tujuh orang pahlawan dari Sulawaseh, Indonesia berhijrah ke Tanah Melayu menuju ke Kesang Muar, Johor. Mereka diketuai oleh Long Ibrahim. Semasa menyusuri Sg. Muar, mereka telah menjumpai pohon buluh yang banyak di persisiran sungai. Buluh-buluh ini amat gatal dan miang. Lalu, mereka menamakan kawasan tersebut Kg. Temiang. Long Ibrahim dilantik sebagai ketua masyarakat yang digelar Penghulu oleh Sultan Johor pada tahun 1824.
Lokasi Kg. Temiang adalah merupakan laluan utama dari Labis ke Bukit Kepong, ke Pagoh, ke Bukit Pasir, dan ke Bandar Maharani sama ada melalui jalan darat ataupun sungai. Jarak antara Bandar Maharani ke Kg. Temiang adalah lebih kurang 4km.
Pada tahun 2007, Kg. Temiang telah dibahagikan kepada 2 kampung iaitu Kg. Temiang dan Kg. Tanjung Temiang. Pada masa ini, Kg. Tanjung Temiang diketuai oleh seorang ketua kampung iaitu Tn. Haji Abdul Razak bin Abdul Ghani dan juga merupakan pengerusi JKK Kg. Tanjung Temiang.
Kg. Tanjung Temiang terdiri daripada sebuah kampung tradisional dan mempunyai dua buah taman iaitu Taman Desa Temiang dan Taman Desa Temiang 2. Pada keseluruhannya, Kg. Temiang merupakan kawasan pertanian dengan pelbagai tanaman getah, kelapa sawit, kelapa, dan dusun.
B.MAKLUMAT ASAS
DAERAH : MUAR
MUKIM : SG. TERAP
PARLIMEN : PAGOH
AHLI PARLIMEN : YAB TAN SRI MUHYIDDIN BIN MOHD YASSIN
DEWAN UNDANGAN NEGERI : JORAK
ADUN : YB DATO' DR. SHARUDDIN BIN MD SALLEH
PEGAWAI DAERAH : TN. HAJI MUJI BIN SALIMON
PENGHULU MUKIM : EN. MUZAMEL BIN HJ SHARIF
KETUA KAMPUNG/ PENGERUSI JKK : TN. HJ ABDUL RAZAK BIN ABDUL GHANI
PENGERUSI TAMAN : TN. HJ MASHOR BIN TUKIMAN
ALAMAT UNTUK DIHUBUNGI : 06-9548479(Ketua Kampung) dan 0102920326(Peng. Taman).
ALAMAT KETUA KAMPUNG : LOT 389, KG.TANJUNG TEMIANG MUAR.
ALAMAT PENGURUSI TAMAN: NO. 7 JLN RAJA 7 TMN. DESA TEMIANG MUAR.
C.DEMOGRAFI(Kependudukan)
Bilangan Penduduk tahun 2015 - 1540 orang.
Bilangan Keluarga . - 272 keluarga.
Pecahan mengikut Jantina. - 500 lelaki,1040 perempuan.
Kaum. - Melayu 1480 orang(95%).
Cina 23 orang ( 4%).
India 10 orang. ( 1%).
Umur penduduk . - 60 tahun keatas.
110 orang (7%).
40 -59 tahun.
290 orang(19%).
15-39 tahun.
540 orang(35%).
1 - 14 tahun.
600 orang (39%).
Terletak di kawasan Rezab Melayu Temiang,meliputi kawasan pertanian di sekeliling Sungai Muar dan kawasan ini merupakan tanjung dimana Sungai Muar terletak mengelilingi kawasan kampung dan Taman.Sungai Muar berada di bahagian Utara, barat dan timor manakala bahagian selatan terletak Kampung Temiang , Kg Bukit Treh dan Lebuhraya Pintasan AMJ.
Kampung Tanjung Temiang dan Taman Desa Temiang boleh dihubungi melalui jalan darat melalui Lebuh Pintasan AMJ membelok ke Kg Bukit Treh dan Kg Temiang.
Jarak dari Bandar Diraja Muar menuju ke Kg. Tanjung Temiang dan Taman Desa Temiang adalah 4.5 km melalui Jalan Salleh.
ALAMAT PENGURUSI TAMAN: NO. 7 JLN RAJA 7 TMN. DESA TEMIANG MUAR.
C.DEMOGRAFI(Kependudukan)
Bilangan Penduduk tahun 2015 - 1540 orang.
Bilangan Keluarga . - 272 keluarga.
Pecahan mengikut Jantina. - 500 lelaki,1040 perempuan.
Kaum. - Melayu 1480 orang(95%).
Cina 23 orang ( 4%).
India 10 orang. ( 1%).
Umur penduduk . - 60 tahun keatas.
110 orang (7%).
40 -59 tahun.
290 orang(19%).
15-39 tahun.
540 orang(35%).
1 - 14 tahun.
600 orang (39%).
D. LOKASI KG. TANJUNG TEMIANG&TMN.DESA TEMIANG.
Terletak di kawasan Rezab Melayu Temiang,meliputi kawasan pertanian di sekeliling Sungai Muar dan kawasan ini merupakan tanjung dimana Sungai Muar terletak mengelilingi kawasan kampung dan Taman.Sungai Muar berada di bahagian Utara, barat dan timor manakala bahagian selatan terletak Kampung Temiang , Kg Bukit Treh dan Lebuhraya Pintasan AMJ.
Kampung Tanjung Temiang dan Taman Desa Temiang boleh dihubungi melalui jalan darat melalui Lebuh Pintasan AMJ membelok ke Kg Bukit Treh dan Kg Temiang.
Jarak dari Bandar Diraja Muar menuju ke Kg. Tanjung Temiang dan Taman Desa Temiang adalah 4.5 km melalui Jalan Salleh.
PAPAN TANDA DARI LEBUHRAYA PINTASAN AMJ
PETA LOKASI TAMAN DESA TEMIANG DAN KG. TANJUNG TEMIANG
Subscribe to:
Posts (Atom)